Pages

Friday 2 December 2011

contoh soalan berkaitan hidup sihat

Arahan:  Pilih jawapan yang betul . Sila semak jawapan anda dengan jawapan yang telah disediakan di bawah .


1. 5 Kumpulan di dalam piramid makanan ialah …....

A. lemak, karbohidrat, gula, buah dan sayur
B. daging, kekacang, buah, susu dan bijirin
C. Sayur, bijirin, daging, susu dan lemak
D. Daging, ayam, telur, nasi dan sayur


2. Nasi dan kentang termasuk dalam kumpulan….

A. Lemak dan garam
B. Protein dan daging
C. Bijirin dan ubi-ubian
D. Sayur dan buah


3. Mengikut piramid makanan, kumpulan makanan yang anda boleh makan paling banyak
ialah:

A. Daging, ikan dan ayam
B. Sayur dan buah
C. Lemak, minyak dan gula
D. Nasi, bijirin dan ubi


4. Kumpulan makanan manakah yang membantu proses penghadaman dan mencegah
sembelit?

A  Bijirin dan nasi
B. Sayur dan buah-buahan
C. Susu dan daging
D. Lemak dan minyak


5. Berapa banyak air yang disarankan untuk diminum dalam sehari?

A. 1 hingga 2 gelas
B. 2 hingga 3 gelas
C. 3 hingga 5 gelas
D. 6 hingga 8 gelas


6. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak boleh meyebabkan
kegemukan. Makanan-makanan berikut mengandungi lemak yang tinggi KECUALI

A. Buah oren
B. Ayam goreng
C. Kentang goreng
D. Burger


7. Air diperlukan oleh tubuh untuk fungsi-fungsi berikut KECUALI

A. mengawal suhu badan
B. mencairkan darah
C. mengeluarkan sisa dan toksin dari tubuh
D. menggantikan air yang hilang melalui peluh



8. Ciri-ciri makanan yang bersih dan selamat ialah

I. makanan bertudung dengan tudung saji
II. makanan dibungkus dengan surat khabar
III. makanan diambil dengan menggunakan penyepit
IV.  makanan diisi dalam bekas yang bersih

A. I dan II
B. II dan III
C. I,III dan IV
D. Semua di atas


9. Ciri-ciri kantin yang bersih ialah

I.  tiada binatang berkeliaran
 II. lantai yang bersih
 III. tiada lalat
IV.  tong sampah terbuka
 
A. I dan II
B. II dan IV
C. I,II dan III
D. Semua di atas


10. Berikut ialah bahan yang diperlukan untuk mencuci tangan dengan sempurna KECUALI


A. sabun
B. air yang bersih
C. tuala tangan yang bersih
D. berus


JAWAPAN :-

1.C
2.C
3.D
4.D
5.A
6.A
7.B
8.C
9.C
10.D

No comments:

Post a Comment